Subsidi haji masih diteruskan

Idris Ahmad - Foto Bernama
Idris Ahmad - Foto Bernama
A
A
A

SEPANG - Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan kemudahan subsidi bagi ibadah Haji 2022.

Perkara itu digambarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Idris Ahmad ketika ditanya mengenai sama ada kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi kepada umum.

Sebelum ini Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mencadangkan Lembaga Tabung Haji (TH) memberi subsidi haji secara bersasar kepada individu yang layak sahaja.

"Setakat ini begitu (meneruskan subsidi haji kepada muassasah Tabung Haji).

"Tetapi keputusan muktamad belum bincang. Insya-Allah Tabung Haji (TH) akan beri penerangan kepada saya dan kemudian akan bawa kepada jemaah menteri," katanya kepada pemberita selepas melepaskan 228 jemaah Umrah pertama AMAL, Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada Selasa.

Beliau berkata, pada masa ini kos sebenar pelaksanaan ibadah haji masih belum diputuskan dan perkara itu akan dibawa ke dalam mesyuarat Kabinet.

Artikel Berkaitan: