Yayasan Felda terima pengiktirafan MBOR

Mohd Banuri (kanan) menerima sijil The Malaysia Book Of Records (MBOR) dari Perunding Kanan (Rekod) MBOR, Siti Hajar (dua dari kiri) disaksikan oleh Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh (tengah) ketika majlis Penyerahan Malaysia Book Of Records kepada Yayasan Felda.- Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Mohd Banuri (kanan) menerima sijil The Malaysia Book Of Records (MBOR) dari Perunding Kanan (Rekod) MBOR, Siti Hajar (dua dari kiri) disaksikan oleh Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh (tengah) ketika majlis Penyerahan Malaysia Book Of Records kepada Yayasan Felda.- Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yayasan Felda menerima sijil pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) atas pencapaian dan sumbangan sebagai Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) pertama yang menawarkan program pengajian dialisis di Malaysia.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Datuk Seri Idris Jusoh berkata, program tersebut bakal membekalkan keperluan-keperluan tenaga untuk pusat hemodialisis di seluruh negara.

“Kursus dialisis ini ditawarkan di Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan dan telah berjaya melahirkan seramai 75 orang pelajar yang mendapat pensijilan dalam bidang tersebut sejak dua tahun lalu.

“Kursus ini mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dan dijalankan selama dua tahun bagi Sijil Kementerian Malaysia (SKM) Tahap satu hingga tiga,” katanya dalam sidang media Majlis Penyerahan Sijil Malaysia Book of Records kepada Yayasan Felda pada Selasa.

Turut hadir, Pengerusi Besar Yayasan Felda, Datuk Mohd Banuri Aris; Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Felda, Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid; Karip Mohd Salleh, Nasaruddin Ahmad, Muhammad Fadzli Hasan, Raja Faridah Raja Ahmad dan Perunding Kanan (Rekod) MBOR, Siti Hajar.

Dalam pada itu, Idris berkata, terdapat lebih 479 pusat dialisis swasta yang boleh menempatkan tenaga kerja berkemahiran dari Kolej Yayasan Felda.

Idris bersama Pengurus Besar Yayasan Felda, Mohd Banuri beramah mesra dengan pelajar Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan secara dalam talian ketika majlis Penyerahan Malaysia Book Of Records kepada Yayasan Felda. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Idris bersama Pengurus Besar Yayasan Felda, Mohd Banuri beramah mesra dengan pelajar Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan secara dalam talian ketika majlis Penyerahan Malaysia Book Of Records kepada Yayasan Felda. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

Tambahnya, menerusi kursus tersebut, para pelajar akan mempelajari perkara-perkara berkaitan persediaan rawatan dialisis ke atas pesakit, pengendalian mesin, rekod dan stok perubatan sehingga ke peringkat penyeliaan.

Artikel Berkaitan:

“Bagi memastikan kualiti latihan dan kemahiran dapat dikuasai sepenuhnya, setiap pelajar akan menjalani tempoh latihan industri dan kemahiran dapat dikuasai sepenuhnya, setiap pelajar akan menjalani tempoh latihan industri di pusat- pusat rawatan dialisis dan industri lain-lain yang berkaitan,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd Banuri Aris berkata, pengiktirafan Malaysia Book of Records itu mencerminkan komitmen berterusan Yayasan Felda dalam menjadi pemacu pembangunan generasi yang progresif dalam penyediaan peluang yang berkualiti.

“Yayasan Felda juga telah merangka strategi bagi meningkatkan jumlah pengambilan sebanyak tiga kelas bagi setiap kohort menjadikan jumlah pelajar seramai 225 orang dijangka dijalankan di Kelana Jaya.

“Strategi Yayasan Felda ini adalah selaras dengan aspirasi Felda untuk melahirkan lebih ramai generasi baharu yang berkemahiran tinggi bagi meningkatkan mobiliti sosial warga Felda secara keseluruhan,” katanya.