X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 22 Januari 2022

Ada kemungkinan Omicron lebih mudah menjangkiti berbanding Delta

Khairy
A
A

KUALA LUMPUR - Jangkitan varian Covid-19 baharu B.1.1.529 yang kini dinamakan Omicron mungkin lebih mudah menular berbanding varian Delta, namun setakat ini belum dipastikan sejauh mana ‘ganasnya’ (virulent) virus itu, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Apa yang boleh kita lakukan setakat ini adalah meningkatkan intervensi kesihatan awam (pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, jaga kebersihan), menambah baik pengaliran udara, jaga kesihatan tubuh badan dan ambil dos penggalak vaksin apabila ditawarkan,” katanya menerusi akaun Twitter beliau pada Selasa.

Jumaat lepas, Khairy mengumumkan bahawa rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk melawat tujuh negara yakni Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe susulan kemunculan varian baharu itu.

Menurutnya, ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan meningkatkan langkah kawalan dan menjaga sempadan negara berkuat kuasa pada Rabu.

Beliau berkata, tiga negara yang melaporkan kes-kes berkaitan Omicron setakat ini ialah Afrika Selatan, Botswana dan Hong Kong. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada varian Omicron di negara ini: KKM


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!