Pembukaan VTL dijangka tingkat 20 peratus pelaburan Johor

Mohd Izhar (tengah) ketika menyempurnakan gimik perasmian Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Johor 2020 di sebuah hotel di Johor Bahru pada Selasa.
Mohd Izhar (tengah) ketika menyempurnakan gimik perasmian Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Johor 2020 di sebuah hotel di Johor Bahru pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pembukaan semula sempadan menerusi laluan perjalanan vaksin darat (VTL) antara Malaysia dan Singapura dijangka merancakkan kembali aktiviti pelaburan di Johor sekurang-kurangnya 20 peratus.

Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Datuk Mohd Izhar Ahmad berkata, jumlah berkenaan melibatkan jangkaan nilai pelaburan sebanyak RM10 bilion yang berpotensi dibawa masuk menjelang tahun hadapan.

“Sudah tentu (peningkatan pelaburan), perkara yang baik kerana sejak pandemik ini kita memang sudah mempunyai prospek pelabur-pelabur tetapi mereka tidak boleh masuk.

“Jadi dengan pembukaan semula (sempadan), kita boleh jangka sekurang-kurangnya 20 peratus peningkatan pelaburan boleh dicapai seperti sasaran ditetapkan iaitu enam bulan pertama tahun 2022,” katanya pada sidang media selepas hadir menyempurnakan Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Johor 2020 di sebuah hotel di sini pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: VTL: 32 trip bas, 2,880 penumpang merentasi Tambak Johor

Sempadan Malaysia-Singapura kembali rancak

VTL Darat: Penantian Bali bertemu keluarga berakhir

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan pembukaan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat di Tambak Johor pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Pembukaan semula sempadan antarabangsa paling sibuk di dunia itu turut dilihat berupaya mengembalikan semula ekonomi negara khususnya kepada Johor yang merupakan negeri berjiran dengan Singapura.

Mohd Izhar berkata, pihaknya berpendapat pembukaan semula sempadan menerusi VTL itu turut menjadi salah satu alternatif terbaik dalam membantu menaikkan semula ekonomi rakyat terutama golongan usahawan di Johor.

Katanya, ketika ini tumpuan kerajaan Johor akan diberikan terlebih dahulu kepada keselamatan awam terutama pengembara yang terlibat.

“Macam sekarang, VTL ini kita lihat dari sudut kemanusiaan, keluarga-keluarga yang lama terpisah kerana bekerja di sana, jadi laluan dalam masa terdekat ini memang akan sesak melibatkan golongan ini.

“Kita mahu stabilkan dahulu proses kawalan dalam inisiatif ini kerana ia melibatkan banyak pihak dan tenaga kerja.

"Jadi bila VTL ini sudah diyakini selamat dan terkawal, kita boleh mempunyai kaedah lain sama ada mahu luaskan dalam sudut lain atau sebagainya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Akhirnya, saya akan pulang'

VTL bawa sinar bahagia rakyat Malaysia, Singapura