X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Pengembara Afrika Selatan transit di Singapura positif varian Omicron

Dua pengembara dari Afrika Selatan yang transit di Singapura sebelum meneruskan penerbangan ke Australia disahkan positif varian Omicron Covid-19.
A
A

SINGAPURA - Dua pengembara dari Afrika Selatan yang transit di Singapura sebelum meneruskan penerbangan ke Australia disahkan positif varian Omicron Covid-19, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).

MOH berkata, Kementerian Kesihatan New South Wales (NSW) mengesahkan bahawa kedua-dua pengembara yang tiba di Sydney dari selatan Afrika dengan penerbangan Singapore Airlines SQ211 pada 28 November disahkan positif bagi varian baharu itu.

Kementerian berkata, pengembara itu berlepas dari Johannesburg pada 27 November melalui Singapore Airlines SQ481 dan tiba di Lapangan Terbang Changi pada hari yang sama untuk penerbangan transit mereka.

"Saringan Covid-19 yang dibuat sebelum mereka berlepas di Afrika Selatan pada 27 November adalah negatif," katanya dalam kemas kini harian mengenai Covid-19 pada lewat malam Isnin.

MOH berkata, kebanyakan pengembara kekal di kawasan transit di Lapangan Terbang Changi sehingga berlepas ke Sydney pada 28 November dan tidak memasuki Singapura atau melawat kawasan lain di Lapangan Terbang Changi.

“Enam daripada tujuh penumpang daripada penerbangan itu yang berada di Singapura pada masa ini melaksanakan Notis Duduk Rumah (SHN) 10 hari di kemudahan khas dan akan membuat ujian PCR. Seorang lagi adalah kontak rapat dengan individu yang dijangkiti dalam penerbangan dan sedang dikuarantin," kata kementerian itu.

Pengesanan kontak sedang dijalankan ke atas kakitangan lapangan terbang yang mungkin menjadi kontak sementara kes itu, kata MOH. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!