Manchester United lantik Ralf Rangnick pengurus sementara

Ralf Rangnick
Ralf Rangnick
A
A
A

KELAB bola sepak UK, Manchester United pada Isnin secara rasmi melantik Ralf Rangnick dari Jerman sebagai pengurus sementara selepas memecat Ole Gunnar Solskjaer kerana mencatat keputusan perlawanan yang mengecewakan, kata Sputnik.

"Manchester United mengumumkan pelantikan Ralf Rangnick sebagai pengurus sementara sehingga akhir musim, tertakluk kepada keperluan visa kerja," kata kelab itu dalam satu kenyataan, sambil menambah Rangnick akan berkhidmat sebagai pengurus selama dua tahun.

Kelab itu menambah, Michael Carrick akan kekal mengendalikan pasukan utama Manchester United sehingga visa Rangnick dimuktamadkan.

The Red Devils juga berterima kasih kepada kelab bola sepak Rusia, Lokomotiv Moscow kerana 'kerjasama mereka dalam proses membawa Ralf ke Manchester United'.

Pada Julai, Rangnick dilantik sebagai pengurus sukan dan pembangunan di Lokomotiv Moscow dengan kontrak tiga tahun. - Bernama

Artikel Berkaitan: