X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Tiada varian Omicron di negara ini: KKM

KKM menafikan dakwaan varian Omicron dikesan di Perak. (Gambar hiasan) - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan varian Omicron dikesan di Perak.

Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menerusi kenyataannya berkata, KKM menjelaskan bahawa tiada varian tersebut ditemui di negara ini.

"Hentikan penyebaran maklumat daripada sumber tidak sahih yang boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat sebaliknya merujuk media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat sahih," katanya pada Selasa.

Sebelum ini tular di media sosial varian Omicron yang mempunyai 32 mutasi spike protein iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada varian Delta dikesan di negeri Perak.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!