X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Pelajar sekolah maut, motosikal hancur

Keadaan motosikal ditunggang mangsa hancur selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori di KM23,Jalan Kuantan-Kemaman pada awal pagi Selasa. - Foto FB POLIS TRAFIK KUANTAN
A
A

KUANTAN - Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 23, Jalan Kuantan-Kemaman, pada awal pagi Selasa.

Dalam kemalangan kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa, Tengku Ahmad Danial Haiqal Tengku Abdul Aziz,16 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pemandu lori berusia 35 tahun dan kelindan, 40, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal, kemalangan berlaku ketika pemandu lori bersama kelindannya itu dalam perjalanan dari Selangor menuju ke Kuala Terengganu.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal dari arah bertentangan hilang kawalan lalu masuk ke laluannya dan melanggar bahagian depan lori.

"Akibat kejadian, penunggang motosikal yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baging di sini maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Wan Mohd Zahari berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!