Projek tambak laut: PP bincang dengan TUDM, CGSO

Kerajaan negeri Pulau Pinang mengadakan perbincangan berterusan dengan TUDM dan CGSO bagi memastikan rancangan projek tambakan laut tidak menjejaskan keselamatan negara.
Kerajaan negeri Pulau Pinang mengadakan perbincangan berterusan dengan TUDM dan CGSO bagi memastikan rancangan projek tambakan laut tidak menjejaskan keselamatan negara.
A
A
A

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang mengadakan perbincangan berterusan dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) bagi memastikan rancangan projek tambakan laut tidak menjejaskan keselamatan negara.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo berkata, pihaknya memberikan perhatian yang serius kepada aspek rahsia ketenteraan Malaysia semasa pelaksanaan projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) dan di Bagan Ajam, Butterworth.

“Kerajaan negeri telah mengadakan Mesyuarat Cadangan Pelan lnduk projek ini yang turut dihadiri pihak TUDM dan CGSO untuk membincangkan isu keselamatan, tanah dan sebagainya kerana kita sedar lokasi Pangkalan TUDM berdekatan kawasan itu.

“Keselamatan negara tidak akan dikompromi dan perbincangan ini masih berterusan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Muhamad Yusoff (BN-Sungai Dua) yang bimbang projek pembangunan bercampur tambakan Bagan Ajam akan mendedahkan rahsia ketenteraan Malaysia.

Jagdeep berkata, semua komponen yang disyaratkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk rumah mampu milik akan disediakan memandangkan ia adalah projek bercampur. - Bernama

Artikel Berkaitan: