X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 18 Januari 2022

PSG hilang khidmat Neymar

Neymar
A
A

PENYERANG sensasi Paris Saint Germain (PSG), Neymar terpaksa disisihkan selama enam hingga lapan minggu selepas mengalami kecederaan buku lali ketika membantu kelabnya mengatasi St Etienne 3-1 dalam perlawanan Ligue 1 di Stadium Geoffroy-Guichard.

Pemain berusia 29 tahun itu mengalami kecederaan tersebut selepas memijak kaki pemain St Etienne, Yvann Macon yang menyebabkan dia menjerit kesakitan sebelum dibawa keluar.

Neymar kemudiannya dilihat meninggalkan Stadium Geoffroy-Guichard dengan bertongkat.

"Pemeriksaan yang dijalankan malam tadi mengesahkan pergelangan kaki kirinya terseliuh dengan kecederaan ligamen. Ketiadaan Neymar dijangka dalam masa enam hingga lapan minggu," kata PSG sambil menambah kecederaannya akan dinilai semula dalam masa 72 jam.

Neymar sebelum ini berkata, dalam catatan Instagram bahawa kecederaan merupakan sebahagian daripada kehidupan seorang atlet, berjanji untuk kembali dengan lebih baik dan lebih kuat.

Kemenangan di laman lawan itu menyaksikan PSG terus mengungguli saingan Ligue 1 dengan 40 mata sambil diekori rapat Stade Rennes kedua (28 mata) dan Nice serta Marseille (26) selepas masing-masing mengharungi 15 perlawanan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!