Isu banjir kilat di Taman Sungai Kapar Indah bakal diatasi

Izham Hashim
Izham Hashim
A
A
A

SHAH ALAM - Isu banjir kilat yang membelenggu penduduk di Taman Sungai Kapar Indah, Klang akan diselesaikan menerusi pelaksanaan kerja naik taraf sistem perparitan di kawasan itu oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, MPK telah melantik perunding bagi melaksanakan kajian berhubung pelaksanaan itu yang dijadualkan berjalan pada Januari depan.

Beliau berkata, kerja-kerja naik taraf sementara di sebahagian kawasan berkenaan sedang giat dilaksanakan buat masa ini.

"Langkah ini adalah sebagai usaha bagi mengurangkan kejadian banjir kilat di kawasan berkenaan," katanya ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini pada Selasa.

Izham berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Mohd Fakrulrazi Mohd Mokhtar (Meru-Amanah) berhubung langkah diambil kerajaan negeri bagi mengatasi isu banjir kilat di kawasan terlibat.

Sementara itu, Izham berkata, perunding yang dilantik itu juga akan menjalankan siasatan di tapak terlibat berhubung punca kejadian banjir kilat itu di samping turut melakukan kerja-kerja pemetaan.

"Pihak berkenaan juga perlu membuat analisis sistem saliran sedia ada dan menyediakan pelan mitigasi menerusi projek yang dilaksanakan ini," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: