Chelsea berdepan Al Jazira, Auckland City atau Al Hilal

Chelsea akan menentang sama ada UAE Al Jazira, Auckland City FC atau Al Hilal dalam separuh akhir Piala Dunia Kelab Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tahun hadapan.
Chelsea akan menentang sama ada UAE Al Jazira, Auckland City FC atau Al Hilal dalam separuh akhir Piala Dunia Kelab Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tahun hadapan.
A
A
A

JUARA Eropah, Chelsea akan menentang sama ada kelab Liga Pro Emiriah Arab Bersatu (UAE), UAE Al Jazira, Auckland City FC dari New Zealand atau juara Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Al Hilal dalam separuh akhir Piala Dunia Kelab Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tahun depan.

Pada satu lagi aksi separuh akhir, juara Copa Libertadores, Palmeiras akan menentang pemenang perlawanan antara juara Liga Juara-Juara Afrika, Al Ahly dan juara Liga Juara-Juara CONCACAF, Monterrey.

Untuk rekod, kejuaraan akan berlangsung antara 3 hingga 12 Februari tahun depan.

Tahun lalu, FIFA memilih Jepun untuk menganjurkan kejohanan tradisional tujuh kelab selepas acara 24 pasukan yang diperluaskan yang asalnya ditetapkan untuk China pada Jun 2021 ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, situasi Covid-19 di Jepun mendorong negara itu menarik diri sebagai tuan rumah, menyebabkan badan induk itu mengalihkan acara itu ke UAE, yang berpengalaman menganjurkan edisi 2009, 2010, 2017 dan 2018.

Kejuaraan tahunan itu menghimpunkan juara daripada enam konfederasi bola sepak dunia serta juara liga negara tuan rumah.

UNDIAN

Pusingan pertama

Artikel Berkaitan:

Perlawanan 1:

Al Jazira lwn Auckland City FC

Pusingan kedua

Perlawanan 2:

Al Ahly lwn Monterrey

Perlawanan 3:

Al Hilal lwn Al Jazira/ Auckland City FC

Separuh akhir

Palmeiras lwn pemenang perlawanan 2

Pemenang perlawanan 3 lwn Chelsea