X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

61 lagi kematian baharu akibat Covid-19

Sebanyak 61 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 direkodkan setakat tengah malam tadi. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 61 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,370 orang daripada 2,622,024 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, 15 daripada 61 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 65,497 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 53,177 individu atau 81.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 6,575 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 5,238 kes dirawat di hospital dan 507 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 235 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 272 lagi memerlukan mesin ventilator. - Awani


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!