X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

Remaja maut, kereta bertembung SUV

Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto JBPM
A
A

MANJUNG - Seorang remaja lelaki maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Seri Manjung-Lekir berhampiran Batu 2 Lekir di sini pada Selasa.

Dalam kejadian sekitar jam 1.10 pagi itu, mangsa Nga Hu Chen, 18, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di leher dan dada.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, ketika kejadian mangsa yang bekerja sebagai pembantu restoran dalam perjalanan dari arah Lekir ke Seri Manjung.

Menurutnya, SUV jenis Proton X70 dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun itu pula datang dari arah bertentangan.

"Pertembungan berlaku di tengah-tengah jalan mengakibatkan kereta dipandu mangsa terbabas ke bahu jalan sebelah kiri, manakala sebuah lagi kenderaan berada di jalan sebelah kanan.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian leher dan dada disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang lagi pemandu mengalami luka-luka ringan di tangan kiri dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Katanya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!