Pakar kesihatan sokong langkah hindari varian Omicron

Foto 123rf. (Gambar kecil: Dr Sharifa)
Foto 123rf. (Gambar kecil: Dr Sharifa)
A
A
A

SHAH ALAM – Pakar kesihatan menyokong tindakan yang sedang diambil oleh kerajaan dalam menghindari varian baharu Omicron yang kini menjadi ancaman baharu kepada dunia.

Pakar Kesihatan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, empat perkara itu ialah menyekat kemasukan pelawat dari Afrika Selatan, kuarantin kepada pelawat yang datang ke Malaysia selama 14 hari, menjalankan ujian Covid-19 dan genom serta menggalakkan orang ramai mendapatkan dos penggalak.

Menurutnya, apabila pelawat asing datang, mereka perlu dikuarantin dan membuat ujian Covid-19.

“Sekiranya pelawat terbabit didapati positif Covid-19, kita kena lakukan ujian genom untuk pastikan varian Delta, Alpha, Lambda atau Mu.

Mengulas lanjut, Dr Sharifa Ezat berkata, kerajaan juga seharusnya menggalakkan orang ramai mendapatkan dos penggalak.

“Dos penggalak sudah ada, jadi sesiapa yang belum mengambil segeralah berbuat demikian. Ia sekurang-kurangnya boleh memberi perlindungan,” katanya.

Artikel Berkaitan: