Harimau Selatan tekad pahat sejarah

Farizal. - Foto Johor Southern Tigers
Farizal. - Foto Johor Southern Tigers
A
A
A

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) tampak cukup bersemangat memburu kejuaraan Piala Malaysia kali ini kerana mahu meletakkan nama pasukan dalam ulang tahun ke-100 kejohanan berprestij itu.

Penjaga gol JDT, Farizal Marlias berkata, kemenangan ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC dalam aksi final pada Selasa amat penting buat Harimau Selatan bagi memahat satu lagi kejayaan bersejarah.

Farizal yang juga kapten JDT percaya barisan pemain gergasi selatan tanah air itu sudah bersedia berdepan cabaran The City Boys berdasarkan komitmen diberikan menjelang aksi tersebut.

“Saya percaya bukan saya seorang saja ingin menang perlawanan esok. Esok sangat penting bagi kami dan kelab yang mana kami ingin letak nama JDT sebagai juara Piala Malaysia kerana ia ulang tahun ke-100 tahun.

“Itu sangat bermakna untuk kami dan kelab. Kami mahu mencipta satu lagi sejarah,” katanya dalam sidang media di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Isnin.

Bagaimanapun, Farizal mengakui, JDT tidak boleh mengambil mudah keupayaan KL City yang mempunyai kekuatan tersendiri terutama ancaman yang mampu dijelmakan menerusi situasi bola mati.

“Kami pernah bermain dengan KL City FC dua kali dan pernah bolos sekali melalui bola mati, ia menjadi pengajaran kepada kami dan dalam bola sepak apa-apa sahaja boleh terjadi.

“Jadi kami harus lebih fokus untuk tidak membuat kesilapan mudah di hadapan gawang. Penyerang KL City, Romel Morales juga begitu bahaya selain mempunyai fizikal yang kuat,” kata penjaga gol berusia 35 tahun itu.

Artikel Berkaitan: