Polis lupus barang kes bernilai RM 604,026

Polis melupuskan barang kes bernilai RM604,026 melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Dang Wangi.
Polis melupuskan barang kes bernilai RM604,026 melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Dang Wangi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi melupuskan barang kes dianggarkan bernilai RM 604,026 pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata pelupusan berkenaan melibatkan 107 kes kejudian, 10 pelacuran, dan 20 kes penjualan cakera video digital (DVD).

"Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi telah melupuskan sebanyak 442 peralatan perjudian, 576 peralatan pelacuran, wang tunai berjumlah RM18,680 dan 118 barang curi dijumpai semula beserta wang tunai RM616 dengan nilai keseluruhan sebanyak RM541,296.

"Bahagian Siasatan Jenayah Komersial pula telah melupuskan sebanyak 6,273 keping DVD cetak rompak dianggarkan bernilai RM 62,730," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Noor Dellhan berkata, pelupusan tersebut dijalankan susulan kebenaran daripada pihak Majistret Mahkamah Jalan Duta pada 23 November membabitkan 183 kertas siasatan melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi.

"Kesemua barang kes melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial telah dibuat permohonan pelupusan di hadapan Majistret Jalan Duta pada 26 November melibatkan 20 kertas siasatan dan telah diluluskan," katanya.

Pada masa sama, beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah kerana pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.

Artikel Berkaitan: