Rangnick sah pengendali sementara United

Ralf Rangnick
Ralf Rangnick
A
A
A

RALF Rangnick secara rasmi diumumkan sebagai pengendali sementara Manchester United sehingga penghujung musim selepas pemecatan Ole Gunnar Solskjaer.

Rangnick akan meninggalkan tugasnya sebagai pengarah sukan dan pembangunan kelab Rusia, Lokomotiv Moscow untuk menandatangani kontrak enam bulan sehingga Mei tahun depan.

Pada penghujung musim, pengendali berusia 63 tahun dari Jerman itu akan memainkan peranan sebagai penasihat The Red Devils bagi tempoh dua musim lagi.

"Dia (Rangnick) pilihan pertama kami dan mempunyai tahap kepimpinan tinggi dan skil kemahiran yang diperolehi selama empat dekad dalam bidang pengurusan dan kejurulatihan,'' kata pengarah bola sepak United, John Murtough.

Selepas Solskjaer dipecat pada 21 November lalu, Michael Carrick yang juga bekas bintang United diberi kepercayaan menerajui The Red Devils buat sementara.

Di bawah bimbingan Carrick, United berjaya meraih satu kemenangan ketika membenam kelab Sepanyol, Villarreal 2-0 dalam saingan Liga Juara-Juara minggu lalu.

United turut cemerlang apabila berjaya mengikat pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea 1-1 di Stamford Bridge pada Ahad.

Artikel Berkaitan: