Covid-19: 4,087 kes positif hari ini

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Sebanyak 4,015 daripada 4,087 kes baharu positif Covid-19 yang direkodkan pada Isnin adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selebihnya 72 kes merupakan kategori tiga hingga lima, sementara jumlah terkumpul kes positif Covid-19 di negara ini adalah 2,627,903 kes.

Menurutnya, kes baharu ini juga terdiri daripada 21 kes import membabitkan 17 rakyat tempatan dan empat warga asing, manakala 4,066 kes merupakan penularan tempatan yang melibatkan 3,846 rakyat Malaysia dan 220 warga asing.

"Terdapat 507 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 272 pesakit memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan kes sembuh mengatasi kes baharu iaitu 4,984, menjadikan jumlah keseluruhannya, 2,532,036.

"Sebanyak tujuh kluster baharu Covid-19 dikenalpasti KKM dan jumlah keseluruhan kluster adalah 5,938 di mana 5,711 daripadanya telah diisytiharkan tamat dan 227 kluster masih aktif," katanya.

Katanya, Labuan mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) tertinggi dengan 1.12 mengatasi nilai Rt negara, 0.96.

"Negeri lain yang turut merekodkan nilai Rt melebihi 1.0 adalah Kedah (1.02), Pahang (1.01), Kuala Lumpur (1.00), Putrajaya (1.00) dan Selangor (1.00).

Artikel Berkaitan:

"Nilai Rt terendah dicatatkan oleh Sarawak iaitu 0.78," katanya.