Bursa Malaysia ditutup rendah susulan kurang minat belian

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila pasaran kekal berada di bawah tekanan sepanjang hari berikutan kekurangan minat belian dan turut dipengaruhi oleh kesan negatif daripada jualan di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.11 peratus atau 1.65 mata untuk ditutup kepada 1,510.57 daripada 1,512.22 pada Jumaat minggu lepas.

Indeks itu yang dibuka rendah turun 4.43 mata kepada 1,507.79, bergerak antara paras 1,501.51 dan 1,516.60 sepanjang sesi dagangan pada Isnin.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 790 berbanding 351, manakala 376 kaunter tidak berubah, 795 tidak diniagakan dan 78 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6.14 bilion unit bernilai RM5.19 bilion daripada 4.90 bilion unit bernilai RM3.48 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, pasaran serantau utama juga ditutup rendah apabila para pelabur berhati-hati dengan varian baharu Omicron Covid-19 yang ditemui baru-baru ini yang berpotensi menyebabkan sekatan penuh dilaksanakan semula di beberapa negara dan berkemungkinan menjejaskan pemulihan ekonomi.

“Kami merasakan sentimen pelabur akan terus kekal gelisah, oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam jajaran kecil dan berlegar dalam jajaran 1,500-1,520 bagi minggu ini.

“Dari segi teknikal, kami melihat paras sokongan segera pada 1,500 dan paras ketahanan pada 1,530,” katanya kepada Bernama.

Artikel Berkaitan:

Di Bursa Malaysia, Maybank turun lima sen kepada RM8.05, Public Bank susut empat sen kepada RM3.96, Petronas Chemicals jatuh 22 sen kepada RM8.21, Tenaga berkurangan 12 sen kepada RM9.26 manakala IHH meningkat empat sen kepada RM6.60.

Dalam kalangan kaunter cergas, AT Systematization tidak berubah pada 5.5 sen, Careplus naik 10 sen kepada RM1.32 dan Top Glove menokok 55 sen kepada RM3.19.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 24.26 mata kepada 11,054.87, Indeks FBMT 100 susut 22.41 mata kepada 10,740.24 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 20.18 mata kepada 12,060.92.

FBM 70 susut 72.29 mata kepada 14,382.32 tetapi FBM ACE meningkat 52.60 mata kepada 6,515.90.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 4.16 mata kepada 192.05, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 100.26 mata kepada 15,043.41 dan Indeks Perladangan turun 108.72 mata kepada 6,356.32.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 3.44 bilion saham bernilai RM4.38 bilion daripada 3.05 bilion saham bernilai RM2.93 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 518.29 juta unit bernilai RM66.39 juta berbanding 465.64 juta unit bernilai RM100.01 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.17 bilion saham bernilai RM747.12 juta daripada 1.38 bilion saham bernilai RM456.49 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 524.46 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.03 bilion), pembinaan (112.95 juta), teknologi (446.38 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (107.32 juta), hartanah (204.45 juta), perladangan (25.67 juta), REITs (16.23 juta), dana tertutup (40,800), tenaga (270.65 juta), penjagaan kesihatan (583.13 juta), telekomunikasi dan media (44.87 juta), pengangkutan dan logistik (38.91 juta)