Covid-19: Kes baharu di Sarawak kembali dua digit

Jumlah kes baharu Covid-19 di Sarawak terus menunjukkan trend penurunan apabila kembali mencatat angka dua digit pada Isnin dengan 98 kes, berbanding 158 kes, Ahad.- Foto fail Bernama
Jumlah kes baharu Covid-19 di Sarawak terus menunjukkan trend penurunan apabila kembali mencatat angka dua digit pada Isnin dengan 98 kes, berbanding 158 kes, Ahad.- Foto fail Bernama
A
A
A

KUCHING - Jumlah kes baharu Covid-19 di Sarawak terus menunjukkan trend penurunan apabila kembali mencatat angka dua digit pada Isnin dengan 98 kes, berbanding 158 kes, Ahad.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, daripada jumlah kes baharu itu, hanya lima kes mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan manakala 93 kes lagi adalah individu yang bergejala ringan dan tidak bergejala.

“Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi hari ini ialah Kuching dengan 34 kes, diikuti Miri (17), Sibu (12) dan Lawas (10). Jumlah kumulatif kes di Sarawak juga kini 250,622,” menurut JPBN.

Selain itu, terdapat dua kes kematian baharu direkodkan di Sarawak pada Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan: