X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

KPLB peruntuk RM1.25 bilion bangunkan prasarana di Sabah

Mahdzir.- Foto fail Bernama
A
A

PAPAR - [DIKEMASKINI] Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sebanyak RM1.25 bilion untuk projek pembangunan prasarana bagi tahun depan di Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peruntukan KPLB kepada Sabah itu meningkat sebanyak 6.25 peratus berbanding pada 2021.

"Peruntukan itu melibatkan 248 projek yang akan dilaksanakan di Sabah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berupa pelitup muka, pelindung muka, cecair pembasmi kuman dan kerusi roda bagi kegunaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Papar, di sini pada Isnin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis, Mohd Tamin Zainal dan Adun Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan.

Mahdzir berkata, antara projek berkenaan ialah empat kategori projek prasarana di Sabah yang mendapat permintaan untuk dilaksanakan ialah kemudahan jalan raya, bekalan air, elektrik dan kesejahteraan rakyat seperti membaik pulih rumah.

Mengenai program itu, Mahdzir berkata, ia adalah tanggungjawab sosial korporat Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan anak syarikatnya Mara Liner Sdn Bhd dalam melaksanakan operasi Penilaian dan Vaksinasi Pantas (RAVO) dari rumah ke rumah bagi mempercepatkan vaksinasi masyarakat di luar bandar.

Beliau berkata, melalui program RAVO itu, Mara menyasarkan 7,000 dos akan dapat diberikan kepada penduduk luar bandar di Sabah.

Jelasnya, selain di Papar program itu akan turut dilaksanakan di Kinabatangan, Beaufort dan Tawau yang melibatkan enam bas Mara Liner yang diubah suai menjadi PPV dengan sembilan kaunter vaksinasi termasuk untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Katanya, bagi daerah Papar pula, program RAVO melibatkan sebanyak 21 kampung meliputi 1,500 penduduk yang akan menerima suntikan vaksin selama seminggu bermula 1 Disember ini.- Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!