Waktu kerja fleksibel untuk wanita

Kementerian telah memasukkan peruntukan baharu berhubung waktu kerja fleksibel serta cadangan pengurangan waktu kerja mingguan bagi wanita dalam pindaan Akta Kerja 1955. Gambar hiasan Bernama
Kementerian telah memasukkan peruntukan baharu berhubung waktu kerja fleksibel serta cadangan pengurangan waktu kerja mingguan bagi wanita dalam pindaan Akta Kerja 1955. Gambar hiasan Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada dasar dan perundangan buruh yang spesifik untuk menetapkan waktu bekerja fleksibel bagi golongan wanita setakat ini, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim.

Bagaimanapun, Awang berkata, kementerian telah memasukkan peruntukan baharu berhubung waktu kerja fleksibel serta cadangan pengurangan waktu kerja mingguan bagi wanita dalam pindaan Akta Kerja 1955.

“Ia akan dibaca buat kali kedua di Parlimen pada hujung persidangan (Dewan Rakyat) ini,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau menjawab soalan June Leow Hsiad Hui (PH-Hulu Selangor) mengenai usaha kementerian untuk menggalakkan waktu bekerja fleksibel bagi pekerja wanita di sektor awam dan swasta sebagaimana amalan di negara-negara maju. - Bernama

Artikel Berkaitan: