PH cadang subsidi haji hanya kepada yang layak

Mujahid
Mujahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Agama dan Rahmatan Lil Alamin Pakatan Harapan (PH) mencadangkan supaya subsidi haji hanya diperuntukkan kepada mereka yang layak sahaja, bukan secara umum.

Ahli jawatankuasa itu yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Mujahid Yusof berkata, mekanisme yang sesuai perlu diwujudkan memandangkan pengumuman kenaikan kos haji yang meningkat kepada RM30,000 akan membebankan jemaah haji.

“Tiba masanya kenaikan kos haji pasca pandemik kepada RM30,000 seperti diumumkan dibuat penstrukturan semula secara menyeluruh dengan tidak membebankan para jemaah yang memerlukan bantuan, tetapi pada waktu sama, mengawal bebanan kos subsidi haji yang menjejaskan kelestarian kewangan TH (Lembaga Tabung Haji),” katanya ketika sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Isnin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary baru-baru ini berkata, kerajaan menjangkakan kos untuk menunaikan ibadah haji bagi jemaah dari negara ini meningkat hampir 50 peratus kepada lebih RM30,000 seorang tahun depan berbanding RM23,000 seorang ketika ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: