Kotak hitam pesawat Ethiopian Airlines ditemui

Serpihan pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines yang terhempas kelihatan di lokasi nahas.- Foto AP
Serpihan pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines yang terhempas kelihatan di lokasi nahas.- Foto AP
A
A
A

ADDIS ABABA - ETHIOPIA.Perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR) pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines yang terhempas berjaya ditemui di lokasi nahas bertempat di bandar Bishoftu, kira-kira 60 kilometer, tenggara Addis Ababa.

Pesawat membawa 149 penumpang dan lapan anak kapal dari Addis Ababa menuju ke Nairobi terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Bole pada kira-kira jam 8.38 pagi waktu tempatan, semalam.

Penemuan tersebut disahkan oleh pihak Ethiopian Airlines yang turut memaklumkan kotak hitam itu mengalami sedikit kerosakan dan masih tidak dapat dipastikan sekiranya sebarang data dapat diperolehi.- Reuters/AP

Artikel Berkaitan: