X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 18 Januari 2022

Ayob Khan terima gelaran Datuk dari Johor

Ayob Khan (dua dari kanan) antara empat individu yang menerima Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) di Balai Mengadap Istana Bukit Serene pada Isnin.- Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan tiga individu lain.

Menerusi muat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Isnin, baginda mengurniakan DMIJ, yang membawa gelaran Dato’, kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Amir Nasruddin; Ketua Polis Negeri Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, dan Mantan Duta Besar Malaysia ke Bahrain, Agus Salim Yusof.

Selain itu, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Hazlina Jalil juga dikurniakan DMIJ membawa gelaran Datin Paduka.

Majlis pengurniaan darjah bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene pada Isnin.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) kepada empat individu.

Penerima SIJ terbabit ialah Pegawai Daerah Tangkak, Mohammed Shakib Ali; Pengarah Jabatan Kerja Raya Johor, Abu Bakar Abd Aziz; Pengarah Perangkaan Johor, Wan Mohd Shahrulnizam Wan Mohd Najuri, dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Johor, Maimunah Othman.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!