19,911 aduan diterima Pesuruhjaya Bangunan tahun lalu

Dr Ismail Abd Muttalib
Dr Ismail Abd Muttalib
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Sebanyak 19,911 aduan daripada penghuni kondominium dan pangsapuri diterima Pesuruhjaya Bangunan di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak bagi tahun 2020.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, antara aduan yang terima membabitkan penyelenggaraan dan kerosakan bangunan dan mensyuarat serta pemilihan badan pengurusan.

Selain itu, aduan lain yang turut diterima adalah pentadbiran dan pengurusan bangunan dan isu kewangan.

"Untuk makluman Yang Berhormat, daripada jumlah keseluruhan aduan yang diterima, sebanyak 19,719 aduan atau 99.04 peratus telah diselesaikan oleh pihak Pesuruhjaya Bangunan.

"Baki baki 192 aduan atau 0.96 peratus pula masih dalam pelbagai peringkat penyelesaian," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang meminta kementeriannya menyatakan kedudukan aduan penghuni kondominium dan pangsapuri yang berjaya diselesaikan atau tidak diselesaikan oleh Pesuruhjaya Bangunan dari segi bilangan, jenis aduan dan perbadanan pengurusan yang bermasalah.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, Selangor merekodkan jumlah aduan tertinggi yang diterima iaitu sebanyak 9,307, diikuti Wilayah Persekutuan (5,363) dan Johor (2,279).

Artikel Berkaitan: