X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Vinicius punya kualiti jadi pemain terbaik dunia

Vinicius meraikan jaringannya ketika bantu Real Madrid menewaskan Sevilla.
A
A

PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti memuji jaringan lewat "luar biasa" Vinicius Junior ketika bangkit semula mengatasi Sevilla 2-1 sambil mengakui bintang Brazil itu mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi salah satu pemain terbaik dunia.

Gol kesembilan Vinicius dalam saingan La Liga musim ini, hadir pada minit ke-87 selepas Rafa Mir membuka jaringan untuk pelawat sebelum Karim Benzema menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama yang sengit di Bernabeu.

"Vinicius hari ini menunjukkan kualiti yang saya rasa dia tidak pernah tunjukkan sebelum ini. Ia satu lagi langkah yang dia ambil untuk menjadi antara yang terbaik di dunia.

"Apa yang mengejutkan saya tentang Vinicius ialah kualiti yang dia ada dalam menjaringkan gol.

"Kualiti individunya bukanlah sesuatu yang mengejutkan, saya tahu dia hebat dalam menggelecek, dalam situasi satu lawan satu lariannya, tetapi kali ini dia mengejutkan," katanya.

Kemenangan Real Madrid itu meletakkan Los Blancos kini berada di puncak Liga dibezakan empat mata dengan pencabar terdekat Atletico Madrid dan Real Sociedad yang masing-masing berada tangga kedua dan ketiga.

Dengan sembilan gol dalam 14 perlawanan liga, ia menyaksikan Vinicius berjaya menggandakan bilangan jaringan berbanding tempoh yang sama pada dua musim lepas.

"Vinicius tahu bahawa perlawanan akan menjadi lebih sukar untuknya sekarang.

“Orang ramai telah menyedari bahawa dia adalah pemain terbaik. Kami tahu dia akan menjadi sasadan pemain lawan dan dia perlu membuat perubahan," kata rakan sepasukan, Casemiro


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!