Ahli perniagaan rugi RM22,742 ditipu pinjaman tidak wujud

Seorang ahli perniagaan kerugian RM22,724 selepas diperdaya sindiket pinjaman tidak wujud pada Sabtu lalu. - Gambar hiasan
Seorang ahli perniagaan kerugian RM22,724 selepas diperdaya sindiket pinjaman tidak wujud pada Sabtu lalu. - Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Seorang ahli perniagaan kerugian RM22,724 selepas diperdaya sindiket pinjaman tidak wujud pada Sabtu lalu.

Mangsa berusia 39 tahun itu diperdaya ahli sindiket terbabit selepas melihat satu iklan pinjaman wang di Facebook ketika berada di rumahnya di Bandar Kuantan Puteri di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa kemudian berminat untuk membuat pinjaman sebanyak RM60,000 selepas berhubung dengan ejen pinjaman dikenali Jennifer.

Menurutnya, selepas itu, mangsa mengemukakan dokumen seperti diminta iaitu penyata gaji dan salinan kad pengenalan untuk proses pinjaman kepada suspek.

"Pada Sabtu lalu, mangsa diberitahu oleh suspek bahawa wang pinjamannya tergendala disebabkan mangsa mempunyai komitmen yang tinggi.

"Susulan itu, mangsa diminta untuk berurusan dengan Anson Chee bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selepas menghubungi Anson Chee, mangsa diminta untuk melakukan pembayaran sebelum pinjamannya boleh diluluskan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Wazir berkata, mangsa kemudian membuat sebanyak 12 transaksi pembayaran ke dalam enam akaun bank diberikan suspek berjumlah RM22,724.

Beliau menjelaskan, suspek masih meminta mangsa membuat pelbagai pembayaran bagi membolehkan pinjaman RM60,000 diluluskan, namun mangsa enggan berbuat demikian.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada Ahad selepas merasakan dirinya ditipu

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.