Covid-19: Kes positif seluruh dunia melebihi 261.4 juta

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melebihii 261.4 juta, berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 48.1 juta kes, diikuti India dengan lebih 34.5 juta kes dan Brazil dengan lebih 22 juta kes.

United Kingdom catat lebih 10 juta kes dan Rusia kini catat lebih 9 juta kes, manakala Turki memasuki kumpulan negara yang catat lebih 8 juta kes.

Perancis pula mencatatkan lebih 7 juta kes, sementara Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.6 juta kes dan Thailand dengan 2 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 261,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 5.198 juta.dan Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 776,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 614,000 kes, India lebih 468,000 kes dan Mexico lebih 293,000 kes, sementara Rusia kini catat lebih 267,000 kematian.

Artikel Berkaitan:

United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian manakala angka korban di Sepanyol melebihi 87,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban, diikuti Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 48,000.

Diikuti Malaysia dengan 30,000 kes manakala Thailand dengan lebih 20,000 angka korban. - Awani