X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Manchester United, Chelsea sama gagah di London

Sancho meledak jaringan pembukaan untuk Manchester United di Stamford Bridge. - Foto Manchester United.
A
A

MANCHESTER United mengetepikan prestasi tidak menentu saingan liga apabila mengecewakan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea dengan keputusan seri 1-1 di Stamford Bridge pada Ahad selepas jaringan Jadon Sancho dipadamkan penyamaan Jorginho.

Chelsea kendalian Thomas Tuchel yang berdepan tekanan sebelum perlawanan selepas pesaing terdekat Manchester City dan Liverpool menang lebih awal pada hujung minggu, mendominasi perlawanan di London itu.

Perlawanan berintensiti tinggi tersebut juga merupakan penampilan pertama liga Michael Carrick selepas pemecatan pengurus Ole Gunnar Solskjaer hujung minggu lalu berikutan prestasi tidak menentu The Red Devils sebelum itu.

Bagaimanapun The Blues dihukum kerana gagal menterjemahkan penguasaan bola babak pertama kepada gol lima minit selepas perlawanan separuh masa kedua bermula apabila United memanfaatkan kealpaan Jorginho yang membolehkan Sancho menewaskan penjaga gol, Edouard Mendy.

Biarpun begitu, Chelsea yang kembali memperkemaskan permainan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-69 apabila Jorginho dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti buat Manchester United selepas Aaron Wan-Bissaka mengasari Thiago Silva.

Tuan rumah yang berusaha menambah sengatan di bahagian penyudah memasukan penyerang sensasi Romelu Lukaku, kembali daripada kecederaan sebagai pemain gantian untuk 10 minit terakhir, namun masih gagal menembusi kekentalan pertahanan ampuh Manchester United.

Pelawat menpunyai peluang menerusi Fred, namun gagal memanfaatkan kesilapan Mendy, begitu juga tuan rumah apabila percubaan voli Antonio Rudiger, yang terkena palang.

Sementara itu, Tuchel berkata: "Kami adalah kelab yang lebih baik berbanding Manchester United, kerana kami adalah pasukan yang melabur dalam permainan ini untuk menang.

"Kami cuba memenanginya dari minit pertama hingga akhir. Kami memiliki penguasaan penuh kecuali satu, biarpun

begitu kami kembali jadi tiada apa yang perlu dirisaukan (mengenai)," kata Tuchel.

Dalam pada itu, penjaga gol United, David de Gea, yang tampil cemerlang menafikan 24 percubaan tepat tuan rumah berbanding tiga pelawat untuk mengekalkan pasukannya dalam permainan mengakui lega dengan keputusan itu.

“Sejujurnya di padang, di gawang, saya sentiasa berasa bahaya hampir sepanjang perlawanan.

"Kami bertahan dengan baik, Chelsea pula terlepas peluang menyebabkan peluang yang mereka berikan kepada kami memanfaatkan dengan menjaringkan gol. Ia tidak mencukupi untuk seri tetapi pada masa ini ia adalah mata yang penting buat kami," kata De Gea.

Keputusan di London itu menyaksikan Chelsea kekal di puncak liga, satu mata di depan Manchester City dan dua di hadapan Liverpool.

Sementara itu, United menduduki tempat kelapan dengan 12 mata di belakang Chelsea.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!