Keputusan STPM 2018 catat peningkatan

Abu Bakar, (duduk, dua kanan) ketika sidang media keputusan peperiksaan STPM 2018 di Dewan Bestari Jabatan Pendidikan negeri di Bukit Baru, di sini, hari ini.
Abu Bakar, (duduk, dua kanan) ketika sidang media keputusan peperiksaan STPM 2018 di Dewan Bestari Jabatan Pendidikan negeri di Bukit Baru, di sini, hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Melaka mencatat sejarah tersendiri apabila seramai 23 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 memperolehi purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00 dan ke atas berbanding 19 orang pada tahun sebelumnya.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Abu Bakar Sahari berkata, mereka yang cemerlang itu termasuk 1,171, calon yang menduduki peperiksaan berkenaan dan daripada jumlah itu 1,160 atau 99.06 peratus calon lulus penuh berbanding 1,290 (99.08 peratus) 2017, namun ia tetap melepasi peringkat nasional iaitu 98.87 peratus.

Selain itu menurutnya, Gred Purata Negeri mencatatkan peningkatan sebanyak 0.12 mata iaitu 2.89 pada 2018, dengan jumlah 4.33 peratus berbanding 2.77 peratus, pada 2017.

"Berdasarkan 23 buah pusat peperiksaan di seluruh negeri turut merekodkan seramai 546 calon memperolehi PNGK 3.00 dan ke atas.

"Jumlah itu mencatatkan peningkatan 48.16 peratus berbanding 42.0 peratus pada tahun 2017 dengan bilangan 546 calon," katanya.

Abu Bakar berkata demikian kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2018 di Dewan Bestari Jabatan Pendidikan negeri di Bukit Baru, di sini, hari ini.

Abu Bakar (tengah) bersama sebahagian pelajar STPM 2018 yang mendapat keputusan cemerlang.
Abu Bakar (tengah) bersama sebahagian pelajar STPM 2018 yang mendapat keputusan cemerlang.

Dalam perkembangan lain, Abu Bakar berkata, usaha pihaknya mewujudkan Pusat Tingkatan 6 di setiap daerah bagi kemudahan calon-calon STPM negeri dilihat salah satu faktor mendorong keputusan STPM positif termasuk peningkatan yang berlaku.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, berdasarkan dua pusat yang diwujudkan tahun lalu iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Daun bagi daerah Melaka Tengah dan SMK Tun Syed Zahiruddin daerah Jasin, telah menunjukkan 17 buah sekolah mendapat keputusan lulus penuh 100 peratus dalam peperiksaan tersebut.

"Kita juga sedang merancang untuk mewujudkan Pusat Tingkatan 6 di Alor Gajah namun kita belum memutuskan sekolah mana yang bakal dipilih dengan mengambil kira lokasi strategik.

"Apa yang kita harapkan menjelang 2022, semua pelajar tingkatan enam akan ditempatkan di pusat tingkatan 6 yang diputuskan mengikut daerah masing-masing," katanya.