X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

JDT masih pilihan juara

Bergson da Silva (kiri) bersama Gonzalo Cabera meraikan jaringannya ketika menentang Terengganu FC pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim Jumaat lalu. - Foto Bernama
A
A

KEINGINAN setiap pemain untuk muncul juara menjadi formula terbaik memacu Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika berdepan Kuala Lumpur (KL) City FC pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil Selasa ini.

Jurulatih berpengalaman, Wan Jamak Wan Hassan berkata, faktor berkenaan dilihat sudah sebati dengan skuad Harimau Selatan itu sejak era transformasi pada musim 2013.

Malah, beliau berkata, mentaliti juara telah memberikan kekuatan ampuh kepada JDT sehingga muncul juara Piala Malaysia pada 2017 dan 2019 selain mencatat sejarah selaku juara Liga Super lapan kali kali berturut-turut.

“Sejak beberapa tahun lalu, saya melihat kejayaan yang dicapai JDT adalah hasil daripada sikap setiap pemain JDT sendiri yang sentiasa mempunyai keinginan untuk muncul juara.

Wan Jamak
Wan Jamak

“Keinginan ini boleh kita lihat menerusi perkembangan JDT pada setiap musim yang mana mereka sering bertukar pemain dalam usaha memastikan pasukan itu dibarisi pemain-pemain terbaik pada setiap tahun.

“Jadi berdasarkan kepada prestasi terkini, boleh dikatakan JDT mempunyai segala-galanya untuk sekali lagi bergelar juara Piala Malaysia musim ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: JDT mara ke final Piala Malaysia

KL City ke Bukit Jalil

Untuk rekod, aksi final Piala Malaysia kali ini merupakan penampilan keempat JDT pada perlawanan akhir dalam tempoh lapan tahun terakhir selepas skuad Harimau Selatan itu ditabalkan selaku juara edisi 2017 dan 2019.

Dalam pada itu, Wan Jamak berkata, KL City bimbingan Bojan Hodak yang juga bekas pengendali JDT mampu mencipta kejutan untuk mengecewakan anak-anak buah Benjamin Mora.

“Jika kita masih ingat, Bojan pernah melatih JDT. Tetapi itu cerita lama, sekarang kita perlu lihat sejauh mana Bojan nak mencorakkan taktikal berdepan JDT.

“Kalau dilihat dari aspek kekuatan serta prestasi terkini, JDT masih ada kelebihan untuk muncul juara. Tetapi mereka tidak boleh pandang ringan Kuala Lumpur.

“Jika tidak berhati-hati, mungkin ia boleh mengundang padah. Baik JDT mahupun Kuala Lumpur, saya percaya kedua-dua pasukan sudah ada strategi masing-masing,” ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!