Tze Yong tawan Scotland

Tze Yong mempamerkan prestasi cemerlang di Terbuka Scotland bagi kejuaraan ketiganya tahun ini. Foto: BADMINTON
Tze Yong mempamerkan prestasi cemerlang di Terbuka Scotland bagi kejuaraan ketiganya tahun ini. Foto: BADMINTON
A
A
A

PEMAIN badminton perseorangan negara, Ng Tze Yong kembali semula berstatus juara apabila menjuarai kejuaraan Terbuka Scotland.

Pemain berusia 21 tahun itu tampil cemerlang setelah mengatasi rakan senegara, Soong Joo Ven 21-18, 21-14 dalam perlawanan yang berlangsung selama 50 minit.

Kemenangan itu melengkapkan kejuaraan ketiga Tze Yong yang disifatkan mempunyai corak permainan yang lebih pelbagai dalam setiap perlawanan.

Tze Yong sebelum ini menjuarai

Siri Antarabangsa Terbuka Czech dan Cabaran Antarabangsa Terbuka Belgium.

Pemain dari Johor itu sebelum ini juga mencipta sensasi ketika tewas 21-14, 19-21, 16-21 menentang pemain nombor tujuh dunia dari Indonesia, Jonathan Christie dalam saingan Piala Thomas di Aarhus, Denmark.

Artikel Berkaitan: