X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Dua kes kematian akibat JE dikesan di Kota Setar

Dr Othman Warijo
A
A

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengesahkan terdapat dua kes jangkitan "Japanese Encephalitis” (JE) dikesan di daerah Kota Setar dengan kedua-dua kes itu melibatkan kematian.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo berkata, kes pertama dilaporkan pada 18 November lepas kemudian diikuti dengan kes kedua pada Khamis lepas (25 November) sekali gus jabatan itu mengisytiharkan wabak berkenaan di daerah terbabit pada hari sama.

Sehubungan itu, beliau berkata jumlah kumulatif kes JE yang dilaporkan di negeri ini setakat Khamis lepas ialah 10 kes melibatkan tiga kematian daripada lapan kes pada tempoh sama tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus.

"Aktiviti kawalan wabak telah dilaksanakan serta-merta. Antara tindakan kawalan yang dilaksanakan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dan Jabatan Kesihatan Negeri ialah kawalan vektor menerusi semburan ruang termal dan larvaciding (menghapuskan larva nyamuk) di lokaliti kediaman pesakit dan tempat berisiko di lokaliti wabak.

"Selain itu, kajian entomologi oleh Pegawai Sains Kaji Serangga di lokaliti wabak dan pengesanan kes secara aktif (ACD) di sekitar kawasan terlibat," katanya dalam satu kenyataan malam Ahad.

Dr Othman berkata, masyarakat dinasihatkan untuk membersihkan persekitaran serta mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk di kediaman masing-masing serta mendapatkan rawatan segera di klinik kesihatan sekiranya mengalami gejala seperti demam, sakit kepala dan muntah.- Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!