Harimau Malaya hilang khidmat Darren

Darren tampil cemerlang bersama PJ City FC musim ini.
Darren tampil cemerlang bersama PJ City FC musim ini.
A
A
A

PENYERANG berdarah kacukan Inggeris-Malaysia, Darren Lok terpaksa digugurkan daripada menjalani kem latihan skuad Harimau Malaya sebagai persediaan menghadapi Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura.

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, penyerang PJ City FC itu tidak dapat memperkasa Harimau Malaya ekoran masalah kecederaan yang dialaminya.

Bagaimanapun, Cheng Hoe berkata, beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk memanggil mana-mana penyerang bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Darren.

“Baru-baru ini, Darren mengalami kecederaan (abdomen) dan atas nasihat pasukan perubatan, dia tak dapat bersama skuad kebangsaan ke Singapura kali ini.

“Kita agak sedih dia tidak dapat bersama-sama pasukan kerana selama ini dia tunjuk prestasi yang baik,” katanya kepada pemberita sebelum sesi latihan Harimau Malaya di Padang Akademi PKNS pada Ahad.

Sebelum ini, Cheng Hoe membuat keputusan untuk kembali menyenaraikan Darren bagi menyertai kem latihan pusat bagi menambah sengat kekuatan Harimau Malaya di barisan serangan.

Dalam pada itu, Cheng Hoe memberitahu, pemain sayap lincah Terengganu FC (TFC), Faisal Halim dan penjaga gol Melaka United FC, Khairul Fahmi Che Mat sudah melaporkan diri.

Namun, beliau memberitahu, pertahanan kiri TFC, Arif Fadzilah Abu Bakar tidak hadir melaporkan diri pada sesi kedua kem latihan pusat Harimau Malaya itu.

Artikel Berkaitan:

“Kita pagi tadi dapat tahu, Arif tak dapat bersama kita hari ini (Ahad) kerana dia kurang sihat. Jadi kita sudah beri satu hari cuti dan harap dia dapat bersama esok (Isnin),” jelasnya.