Skuad 'Cintai Sungai Ampang' pelihara keindahan alam

Rodziah (kiri) mengutip sampah ketika Program Kudah di sekitar Laman Niaga @ Ampang Waterfront pada Ahad.
Rodziah (kiri) mengutip sampah ketika Program Kudah di sekitar Laman Niaga @ Ampang Waterfront pada Ahad.
A
A
A

AMPANG - Pusat Khidmat Rakyat (PKR) Penyelaras Parlimen Ampang akan membentuk skuad 'Cintai Sungai Ampang' sebagai inisiatif untuk memelihara kelestarian, menjaga kebersihan dan mengindahkan sungai di sini.

Penyelarasnya, Rodziah Ismail berkata, ia berikutan inisiatif pihaknya menerusi program Kutip Sampah Sambil Riadah (Kudah) yang diadakan pada setiap Ahad minggu akhir setiap bulan demi kelestarian alam sekitar dan kestabilan ekosistem Sungai Ampang menerima sambutan menggalakkan sejak ia diperkenalkan pada Oktober lalu.

Menurutnya, program tersebut yang dijalankan untuk kali kedua pada Ahad menerima penyertaan seramai lebih 200 orang daripada pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti sekitar untuk membersihkan sungai di sekitar Laman Niaga @ Ampang Waterfront, di sini.

"Pihak PKR Penyelaras Parlimen Ampang akan mencipta pautan khusus menggunakan platform WhatsApp dan Telegram dan membina skuad sukarelawan 'Cintai Sungai Ampang' yang boleh diperluaskan untuk manfaat seluruh Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Rodziah berkata, insiden banjir kilat berlumpur pada Isnin lalu di Kampung Pinggir Tiga dan Kampung Lembah Jaya Utara, di sini sedang diatasi dan wajar dijadikan iktibar untuk semua pihak berganding bahu memelihara dan memulihara sungai dalam bandar.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa untuk memantau pematuhan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan penjagaan alam sekitar secara ketat terhadap projek pembangunan yang berpotensi mencemarkan alam.

Kudah diadakan pada Ahad pada minggu terakhir setiap bulan Aktiviti tersebut bertujuan membersihkan lembangan sungai yang tercemar, memulihkan habitat semulajadi flora dan fauna di samping menghidupkan semula aktiviti tebing sungai bagi masyarakat setempat.
Kudah diadakan pada Ahad pada minggu terakhir setiap bulan Aktiviti tersebut bertujuan membersihkan lembangan sungai yang tercemar, memulihkan habitat semulajadi flora dan fauna di samping menghidupkan semula aktiviti tebing sungai bagi masyarakat setempat.

"Kegagalan pemaju projek pembinaan lebuh raya mematuhi beberapa peraturan dan syarat yang ditetapkan menyumbang kepada banjir kilat yang pernah melanda pada tahun 2012, di sini.

Artikel Berkaitan:

"Oleh itu, saya menuntut pihak berkuasa memantau pematuhan serta penguatkuasaan undang-undang berkaitan alam sekitar yang ketat terhadap semua projek pembangunan dalam apa jua bentuk dan saiz," katanya.

Program Kudah pada Ahad dihadiri oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), beberapa agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Ampang bagi menjaga kelestarian alam sekitar dan kestabilan ekosistem Sungai Ampang.

Aktiviti tersebut bertujuan membersihkan lembangan sungai yang tercemar, memulihkan habitat semula jadi flora dan fauna di samping menghidupkan semula aktiviti tebing sungai bagi masyarakat setempat.

Hadir sama ke program tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Ir Zaini Ujang, serta pegawai dari KASA, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan pelbagai agensi berkaitan alam sekitar.