Usaha kitar semula dapat sambutan

Sze Han (dua kanan) merasmikan Pusat Kitar Semula KITACycle di Pusat Membeli Belah IOI di Puchong
Sze Han (dua kanan) merasmikan Pusat Kitar Semula KITACycle di Pusat Membeli Belah IOI di Puchong
A
A
A

SHAH ALAM - Usaha dan inisiatif kitar semula serta pengasingan sampah dari rumah semakin mendapat sambutan di Selangor selepas beberapa persatuan penduduk dan individu menggerakkan usaha pengasingan sampah dari rumah sejak tahun lalu.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han berkata, ada persatuan penduduk yang membeli kabin kitar semula berharga RM20,000 untuk diletakkan di kawasan mereka kerana mahu menjaga kelestarian alam.

"Pengasingan sampah penting untuk memudahkan proses kitar semula," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada Sabtu, Sze Han merasmikan Pusat Kitar Semula KITACycle di Pusat Membeli Belah IOI di Puchong yang mula beroperasi sejak awal bulan ini hasil inisiatif IOI Properties Group Bhd.

Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Subang Jaya, Noraini Roslan.

Kerajaan Selangor melalui pihak berkuasa tempatan dan KDEB Waste Management telah menyediakan dua tapak kitar semula di Puchong dan Klang yang mampu menguruskan 20 tan sampah sehari.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara itu juga menegaskan negeri Selangor akan dipenuhi tapak pelupusan sampah menjelang 2050 jika usaha kitar semula dipandang ringan.

"Kita jangka kalau Selangor terus menghasilkan sampah sebanyak 7,200 tan sehari, sebanyak 360 hektar tanah atau bersamaan 400 padang bola sepak sebagai tapak pelupusan untuk tempoh 30 tahun lagi," kata beliau.

Artikel Berkaitan: