X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

VTL: Polis Johor beri jaminan keselamatan

Ayob Khan beramah mesra dengan peserta selepas Program Town Hall Discussion di IPD Johor Bahru Selatan, Johor Bahru, pada Ahad.
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor memberi jaminan keselamatan orang ramai terutama 1,440 pengembara dari Singapura yang masuk ke negara ini menerusi inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) yang bermula pada Isnin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dakwaan atau mesej tular mengatakan Johor Bahru tidak selamat dan ramai peragut menanti kehadiran mereka merupakan fitnah yang berniat jahat.

"Polis Johor akan memastikan keselamatan pengembara ini dengan meningkatkan pengawasan dan pemantauan secara berterusan di kawasan yang sudah dikenal pasti," katanya ketika sesi soal jawab pada Program Perbincangan Town Hall di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan Larkin di sini pada Ahad.

Turut hadir, Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam.

Ayob Khan berkata, bukan sahaja polis Johor bahkan agensi penguatkuasaan lain juga sudah bersedia dengan pelaksanaan VTL.

"Turut terlibat ialah pasukan 'task force' dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang akan bertindak mengumpul maklumat seterusnya mengambil tindakan jika ada sebarang tindakan yang boleh ganggu gugat ketenteraman awam," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!