Geng terlibat dadah, curi kenderaan ditahan

Ketiga-tiga suspek yang ditahan bersama dadah yang ditemui dalam rumah di Pasir Mas.
Ketiga-tiga suspek yang ditahan bersama dadah yang ditemui dalam rumah di Pasir Mas.
A
A
A

PASIR MAS - Tiga lelaki dipercayai geng curi kenderaan ditahan polis di sebuah rumah di Gual Periok di sini pada Ahad.

Suspek yang berusia 30, 40, dan 24 tahun itu ditahan pada jam 12.55 pagi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.

Katanya, pemeriksaan pasukan serbuan turut menjumpai komponen kereta yang dileraikan dan 24 pil serta seplastik kecil serbuk kristal dipercayai dadah jenis metamphetamine.

“Ketiga-tiga suspek yang berada di rumah itu ditahan untuk siasatan lanjut bagi kes kecurian kenderaan dan dadah.

“Hasil soal siasat yang dijalankan, suspek yang berusia 24 tahun membawa polis ke tempat simpanan komponen kereta yang dileraikan di belakang rumah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Ahad.

Mengulas lanjut, semakan yang dibuat polis mendapati kesemua suspek memiliki rekod lampau jenayah curi kenderaan dan dadah iaitu empat bagi suspek yang berusia 30 tahun, lapan rekod bagi suspek yang berusia 40 tahun dan 10 rekod bagi suspek yang berusia 24 tahun.

“Komponen kereta yang dijumpai iaitu dua unit disk, seunit pintu kereta, seunit lampu hadapan jenis Waja, pengadang kiri, kanan dan depan dirampas untuk siasatan.

Artikel Berkaitan:

“Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.