X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

'Pelantikan Mufti Perak baharu kuasa mutlak Sultan'

Saarani
A
A

SUNGAI SIPUT - Pelantikan Mufti Perak yang baharu merupakan prerogatif Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dalam pelantikan tersebut, sudah pasti Sultan Nazrin mengambil semua pandangan dan nasihat.

Menurutnya, semua pihak perlu menghormati prerogatif baginda dalam melantik Mufti Perak.

"Ini adalah pregoratif Sultan Perak. Jadi saya ingat saya tak boleh komen apa-apa. Bukan ada hak kita untuk membuat bantahan seperti itu.

"Saya yakin atas kebijaksanaan Paduka Seri Sultan akan mengambil kira pandangan dan nasihat dan akan melantik orang yang betul di tempat yang betul, InsyaALLAH," katanya kepada pemberita selepas Program Penghijauan Malaysia Peringkat Negeri Perak: Penanaman Pokok ke-2 juta oleh Menteri Besar Perak bersama Ketua-ketua Jabatan dan Pengamal Media di Kompleks Latihan Perhutanan Sungai Siput (U), di sini pada Ahad.

Hadir sama pada program itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam, Datuk Mohd Zolkafly Harun; Pengarah Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop dan beberapa ketua jabatan lain.

Pada 11 November lalu, dilaporkan beberapa ulama pondok di negeri ini mengeluarkan kenyataan membantah mana-mana individu daripada aliran atau fahaman yang menyimpang daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti daripada aliran Syiah, Wahhabi dan sebagainya.

Mereka berpandangan, seorang bakal mufti perlu bermanhaj akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut aliran Asya’irah dan Maturidiyah.

Jawatan Mufti Perak kosong selepas pemergian Tan Sri Harussani Zakaria di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 30 Mei 2021.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!