4,239 kes positif Covid-19 hari ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kes positif Covid-19 terus menunjukkan penurunan pada Ahad dengan 4,239 kes baharu berbanding 5,097 kes pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, hanya 73 kes adalah kategori tiga hingga lima.

"Selebihnya, 4,166 kes lagi merupakan kategori satu dan dua," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, jumlah terkumpul kes positif Covid-19 di seluruh negara sejak wabak itu melanda Malaysia pada Januari tahun lalu adalah 2,623,816 kes.

"Sebanyak 511 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 261 pesakit memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan 5,007 kes sembuh dengan jumlah keseluruhan 2,527,052 kes.

"Terdapat pertambahan tiga kluster baharu menjadikannya, 5,931 kluster," katanya.

Daripada jumlah itu, Dr Noor Hisham memberitahu, 5,703 kluster telah diisytiharkan tamat manakala 228 masih aktif.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan (Rt) negara menurun kepada 0.96 bagaimanapun terdapat sembilan negeri dan wilayah melepasi nilai Rt 1.0.

Ia membabitkan Labuan (1.19), Kedah (1.05), Kuala Lumpur (1.02), Selangor dan Perak masing-masing mencatatkan 1.01.

“Melaka, Pahang dan Pulau Pinang pula mencatatkan 1.0 nilai Rt,” ujar beliau.