Detik hitam buat bola sepak Portugal

Pengadil Manuel Mota menamatkan permainan selepas Belenenses tidak dapat memenuhi keperluan minimum tujuh pemain di atas padang. - Foto AFP
Pengadil Manuel Mota menamatkan permainan selepas Belenenses tidak dapat memenuhi keperluan minimum tujuh pemain di atas padang. - Foto AFP
A
A
A

PERLAWANAN Liga Primeira Portugal di antara Belenenses dan Benfica pada Sabtu terpaksa ditamatkan pada pertengahan permainan selepas pasukan tuan rumah hanya menyenaraikan sembilan pemain gara-gara penularan Covid-19 dalam pasukan mereka.

Kesempatan tersebut diambil Benfica untuk menjaringkan tujuh gol pada separuh masa pertama sebelum perlawanan terpaksa ditamatkan pengadil selepas permulaan babak kedua susulan Belenenses tidak dapat memenuhi syarat minimum untuk menyenaraikan tujuh pemain disebabkan kecederaan.

Terdahulu, pada sidang media sebelum perlawanan Presiden Belenenses Rui Pedro Soares memberitahu bahawa pemain pertahanan Cafu Phete telah diuji positif Covid-19, selepas kembali ke Portugal pada hari Khamis dari tugas antarabangsa di Afrika Selatan.

Tambah Soares, dia bimbang kes Covid-19 dalam skuad itu boleh dikaitkan dengan varian Omicron baharu.

Untuk rekod, varian tersebut pertama kali ditemui di Afrika Selatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada hari Jumaat mengklasifikasikannya sebagai varian yang membimbangkan, sambil menyifatkan ia mungkin merebak lebih cepat daripada varian sebelum ini.

Dalam pada itu Presiden Benfica, Rui Costa berkata, pasukannya tidak mempunyai pilihan selain bermain pada perlawanan tersebut.

"Benfica terpaksa melakukannya seperti Belenenses. Saya kesal dengan apa yang berlaku. Hari ini merupakan satu babak gelap untuk bola sepak Portugal dan untuk negara sendiri,” katanya

Malah satu lagi kelab liga Portugal, Sporting bersimpati dengan nasib yang menimpa Belenenses dan menggesa badan induk liga negara itu perlu memikirkan cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Apa yang menjadikan situasi ini mesti difikirkan secara mendalam oleh semua pihak demi sukan," ujarnya.