X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Gaji RM2,000 gadai diri jadi operator judi online

Sebahagian daripada tujuh lelaki tempatan yang ditahan dalam serbuan judi online di sebuah kondomonium di Shah Alam pada Sabtu.
A
A

SHAH ALAM - Kesanggupan tujuh lelaki tempatan menggadaikan diri bekerja sebagai operator perjudian dengan upah RM2,000 akhirnya memakan diri setelah diserbu polis pada Sabtu.

Serbuan kira-kira jam 5.30 petang di sebuah kondominium itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Selangor bersama D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam hasil maklumat serta risikan.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Zuhairee Mohamad Rashid berkata, pihaknya berjaya memberkas tujuh lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 30-an.

"Pelbagai barang telah dirampas antaranya telefon bimbit, komputer riba, modem dan monitor.

"Siasatan mendapati sindiket beroperasi di kediaman mewah sebagai tempat operasi mempromosi dan menjalankan aktiviti perjudian 'online' dengan mensasarkan warga tempatan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Katanya, hasil risikan mendapati kediaman itu dijadikan pusat operasi sejak setahun lalu dan menjadikan suspek sebagai operator perjudian dengan dibayar gaji RM2,000 ke RM2,500 sebulan.

"Transaksi dibuat secara dalam talian di mana terdapat beberapa akaun disyaki akaun keldai turut dijadikan tempat untuk tujuan memasukkan dan memindahkan wang kepada pelanggan-pelanggan (pemain) tempatan.

"Sindiket juga mengunakan aplikasi WhatsApp, Telegram dan Wechat untuk mempromosi kegiatan mereka," ujarnya.

Tambah Zuhairee, siasatan awal juga mendapati sindiket mempunyai kira-kira 1,000 pelanggan dengan urusniaga transaksi harian berjumlah RM30,000 hingga RM40,000.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengesan jaringan sindiket berkenaan dan kes disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953," jelasnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!