7.58 bilion dos vaksin Covid-19 didaftar di seluruh dunia

Foto 123rf
Foto 123rf
A
A
A

JUMLAH dos vaksin Covid-19 yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini melebihi 7.58 bilion.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 2.47 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan lebih 1.2 bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 454 juta dos vaksin.

Jepun mencatat lebih 196 juta dos didaftarkan, sementara Turki melebihi 120 juta.

Jerman, Mexico dan Perancis mencatat jumlah dos melepasi 100 juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan mendaftarkan 231 juta dos.

Ini diikuti Thailand melebihi 91 juta, manakala Filipina 78 juta dan Malaysia melebihi 53 juta.

Singapura sudah mendaftar lebih 10 juta dos vaksin setakat ini. -Awani

Artikel Berkaitan: