100 hari kerajaan Ismail Sabri

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

SHAH ALAM - Hari ini genap 100 hari Perdana Menteri Malaysia kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggalas tanggungjawab mengambil alih tampuk pemerintahan negara menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun semasa awal pentadbirannya, masih ramai yang meragui kewibawaan beliau dalam menstabilkan negara baik dari segi ekonomi, politik mahupun kesihatan rakyat khususnya dalam memerangi Covid-19.

Apatah lagi, situasi penularan wabak Covid-19 dalam negara ketika itu masih berada pada tahap membimbangkan dengan lebih 20,000 kes jangkitan yang dilaporkan setiap hari.

Bagaimanapun, dalam tempoh 100 hari pentadbirannya, kerajaan Ismail Sabri berjaya mengawal penularan wabak yang melanda Malaysia pada Januari tahun lalu yang sekali gus menjejaskan ekonomi negara dengan teruk.

Malaysia kini merekodkan purata 5,000 hingga 6,000 kes harian dengan kadar kematian dan kes pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) menunjukkan penurunan berbanding sebelum ini.

Dalam tempoh pentadbirannya, beliau antara lain turut mengarahkan ahli Jemaah Menteri untuk mengumumkan Kad Laporan Pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari kepada rakyat bagi menilai pencapaian prestasi menteri dan kementerian demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Rakyat bawahan rata-ratanya dapat menerima konsep Keluarga Malaysia yang ditonjolkan oleh Ismail Sabri.
Rakyat bawahan rata-ratanya dapat menerima konsep Keluarga Malaysia yang ditonjolkan oleh Ismail Sabri.

Ia bertujuan untuk memastikan mereka menekankan budaya kerja berprestasi tinggi di mana laporan itu juga dianggap sebagai indeks prestasi utama (KPI) mereka.

Artikel Berkaitan:

Beliau menegaskan, kerajaan meletakkan pencapaian aspirasi tersebut bagi setiap ahli Jemaah Menteri sebagai keutamaan tertinggi untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Jelasnya, prestasi setiap ahli Jemaah Menteri akan dinilai berdasarkan tiga elemen utama iaitu Penilaian Prestasi Kementerian atau Jabatan, Penilaian Kepemimpinan berdasarkan keberkesanan keberhasilan inisiatif dan Penilaian Persepsi Awam terhadap ahli Jemaah Menteri dan kementerian atau jabatan di bawah tanggungjawab mereka.

Dalam pada itu, kerajaan pimpinan Ismail Sabri turut melakar satu sejarah baharu buat negara susulan kerajaan Persekutuan dan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 September lalu.

MoU tersebut antara lain membabitkan enam perkara termasuk Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen.

Persefahaman tersebut diharap dapat memulihkan keadaan politik dan ekonomi dalam masa sama mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan negara.

Dengan segala pencapaian yang dikecapi oleh Ismail Sabri sepanjang 100 hari pentadbirannya membuktikan kewibawaan beliau dalam memacu Keluarga Malaysia ke arah landasan lebih maju pada masa akan datang.