X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

Rakyat terus terbeban masalah harga barang

Warung Wok Jono di Pulau Sebang, masih mengekalkan harga menu.
A
A

MELAKA - Pengguna terus terbeban dengan kenaikan harga barang yang berlaku secara mendadak sejak kebelakangan ini kerana ia sekali gus menambah kos sara hidup mereka.

Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Azlin Othman berkata, kenaikan harga barang menjadi kerisauan pengguna ketika ini terutama rakyat yang sudah terbeban akibat kehilangan sumber pendapatan susulan penularan pandemik Covid-19.

Azlin
Azlin

"Kini rakyat terpaksa menanggung pelbagai kos. Contoh kenaikan harga petrol, ikan, ayam, telur, sayur-sayuran, produk asas roti dan segala yang berkaitan keperluan isi rumah. Harga makanan di premis juga melampau dan tidak masuk akal," katanya kepada Sinar Harian, pada Sabtu.

Menurutnya, kerajaan disaran mewujudkan penetapan harga siling selari dengan purata pendapatan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah,bukan pada barangan terpilih atau pada musim perayaan sahaja.

"Pemantauan dan penguatkuasaan mesti dilakanakan dengan tegas, agresif dan berterusan," katanya.

Sementara itu peniaga warung makan di Padang Jambu, Nurhafizah wahab,30, mengakui terbeban dengan kenaikan harga barang mentah seperti sayur dan ayam namun itu bukan alasan untuk dia menaikkan harga menu jualan.

Nurhafizah
Nurhafizah

"Terasa sangat dengan peningkatan harga barang masakan, tapi saya tak boleh nak naikkan harga makanan sebab sebab pelanggan yang datang kebanyakan dari golongan berpendapatan sederhana.

"Jadi apa yang boleh saya buat ialah dengan mengurangkan kuantit idalam masakan," katanya,


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!