X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Harap VTL Malaysia-Indonesia boleh dilaksana awal tahun depan

Saifuddin
A
A

KUANTAN- Pembukaan semula sempadan secara berperingkat melalui Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat antara Malaysia dan Indonesia diharap dapat dilaksanakan awal tahun hadapan.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, cadangan laluannya antara Kuala Lumpur-Jakarta dan Kuala Lumpur-Bali pada peringkat awal diikuti beberapa laluan lain.

Menurutnya, langkah sama mungkin boleh diambil dengan membuka laluan melibatkan negara ASEAN yang lain.

"Cadangan ini berdasarkan pembukaan sempadan secara berperingkat melalui VTL darat antara Malaysia dan Singapura termasuk pembukaan VTL laluan darat antara kedua negara yang akan dirasmikan secara simbolik, Isnin depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Majlis Perasmian Persidangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Indera Mahkota di Kompleks Dagangan Mahkota sini pada malam Sabtu.

VTL darat akan dilaksanakan secara serentak dengan VTL udara menggunakan lapangan terbang Changi di Singapura dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula Isnin ini.

Sementara itu, Saifuddin berkata, disebalik semua pihak optimistik dengan pembukaan lebih banyak laluan antarabangsa untuk membolehkan ekonomi negara dihidupkan, kerajaan juga sangat berhati-hati dengan penemuan varian baharu Covid-19 dari Afrika Selatan.

Saintis di Afrika Selatan pada Khamis mengenal pasti varian baharu Covid-19 yang dikhuatiri lebih mudah menular berbanding Delta dan mungkin menjejaskan tahap keberkesanan vaksin sedia ada.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!