Arsenal bedil Newcastle United di Emirates

Saka meledak jaringan pembukaan Arsenal ketika melayan kunjungan Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, London. - Foto AFP
Saka meledak jaringan pembukaan Arsenal ketika melayan kunjungan Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, London. - Foto AFP
A
A
A

ARSENAL melupakan igauan negeri dibelasah Liverpool 4-0 sebelum ini apabila bangkit melakar kemenangan menyakinkan ketika menjinakkan Newcastle United 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates malam ini.

Tiga mata diperoleh anak buah Mikel Arteta itu membolehkan The Gunners mengumpul 23 mata selepas mengharungi 13 perlawanan liga - tujuh kemenangan, dua seri dan empat kekalahan.

Kekalahan itu menyaksikan Newcastle United terus kekal menghuni tangga tercorot liga tanpa sebarang kemenangan dengan mengumpul enam mata selepas mengharungi 13 perlawanan hasil enam seri dan tujuh kekalahan.

Bagaimanapun kelab London itu terpaksa menunggu babak kedua sebelum dapat merobek gawang The Magpies kendalian Eddie Howe yang masih belum melakar sebarang kemenangan selepas memulakan tugas pertama dengan mengikat Brentford 3-3 pada 20 November lalu.

Bukayo Saka menyingkap tirai gol pertama tuan rumah dengan gol pada minit ke-56 sebelum pemain gantian Gabriel Martinelli melabuh tirai jaringan dengan gol pada minit ke-66.

Anak buah Arteta selepas ini akan berkunjung ke Old Trafford untuk perlawanan menentang Manchester United pada Sabtu depan.

Artikel Berkaitan: