X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Varian Omicron: KKM pantau laporan WHO, negara lain

Khairy Jamaluddin (kanan) melawat bilik pembedahan ketika sesi lawatan pada Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Klinik Kesihatan Kapar pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A

KAPAR - Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memantau laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara lain berkaitan perkembangan Omicron, varian baharu Covid-19.

Menteri berkenaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemantauan berterusan itu akan membantu KKM membuat keputusan bagi meluaskan sekatan pengembaraan terhadap mana-mana negara, sekiranya perlu.

Beliau berkata, setiap hari, KKM akan melihat kewujudan varian ini dan sejarah perjalanan pengembara yang disahkan positif dijangkiti varian ini.

"Sekiranya penilaian risiko KKM menunjukkan bahawa risiko sesebuah negara itu sudah meningkat maka kita akan meletakkan negara berkenaan sebagai senarai merah dan mungkin sekatan akan dibuat.

“Setakat ini, tiada kes Omicron dikesan di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan dan Perasmian Klinik Kesihatan Kapar pada Sabtu.

Pada Jumaat, Khairy mengumumkan pengembara warga Malaysia yang merancang lawatan ke tujuh negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe tidak akan dibenar meneruskan perjalanan mereka.

Beliau berkata, ia merupakan inisiatif kerajaan dalam mempertingkat langkah pencegahan dan kawalan sempadan termasuk bagi pengembara yang tiba di pintu masuk negara.

Katanya, tiga negara telah melaporkan kes membabitkan varian Omicron iaitu Afrika Selatan (77 kes), Botswana (empat) dan Hong Kong (dua). - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!